Arab Saudi catat 85 kes baharu

RIYADH 16 Sept. – Buat hari keenam, jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi berada di bawah paras 100 dengan hari ini merekodkan 85 kes.

Angka itu menunjukkan trend penurunan berbanding 88 kes semalam dan 96 pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 546,336 manakala kes kematian pula meningkat kepada 8,645 termasuk lima kes baharu.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 49 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 535,309 orang.

Makkah merekodkan 20 kes diikuti Riyadh 19 dan Madinah 9.

Sebanyak 2,382 kes aktif di mana 405 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment