17.8 juta individu lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 16 Sept. – Setakat semalam, sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.

Menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), penerima dos pertama pula adalah sebanyak 92.5 peratus atau 21,719,553 orang.

Jumlah vaksinasi harian semalam adalah 248,810 dos iaitu 68,534 dos pertama dan 180,278 dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 39,483,116 dos.

Dalam tempoh 24 jam itu, Johor merekodkan angka penerima dos kedua tertinggi dengan 33,058 dos, diikuti Kedah 19,074 dos, Kuala Lumpur 17,452 dos dan Selangor 17,148 dos.

Related posts

Leave a Comment