21,261 kes baharu di Filipina

MANILA 16 Sept. – Jabatan Kesihatan mencatatkan 21,261 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 2,304,192 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, jumlah kematian meningkat kepada 36,018 orang selepas 277 lagi dilaporkan meninggal dunia.

DoH juga merekodkan 13,644 pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 2,090,228 orang atau 90.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 177,946 iaitu peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 170,446 kes.

DoH juga menjangkakan peningkatan kes beberapa hari lagi berikutan dua makmal yang gagal menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Related posts

Leave a Comment