Thailand 13,897 kes, 188 kematian

BANGKOK 16 Sept. – Thailand merekodkan 13,897 kes baharu Covid-19 dan 188 kematian dalam tempoh 24 jam, demikian menurut Kementerian Kesihatan Awam.

Daripada jumlah kes itu, 13,503 melibatkan penduduk awam termasuk sembilan kes import dan 394 banduan penjara.

Jumlah kes sembuh pula, semalam merekodkan 13,527 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,290,556 orang.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,886 kes diikuti Samut Prakan 1,455 dan Chonburi 973

Sembilan kes import pula melibatkan ketibaan lima orang dari Kemboja dan masing-masing satu dari Israel, Amerika Syarikat , Myanmar dan Malaysia.

 

Related posts

Leave a Comment