Kes jangkitan baharu 18,815

PUTRAJAYA 16 Sept. – Malaysia merekodkan sejumlah 18,815 kes jangkitan baharu COVID-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus berkenaan meningkat kepada 2,049,750 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 3,660 kes, diikuti Selangor dengan 2,718 kes dan Johor, 2,206 kes.

Lima negeri merekodkan lebih 1,000 kes iaitu Sabah 1,982, Pulau Pinang 1,777, Perak 1,446, Kedah 1,233 dan Kelantan 1,222.

Terengganu pula mencatatkan 814 kes; Pahang (712); Kuala Lumpur (493); Melaka (269); Negeri Sembilan (170) manakala tiga negeri serta wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (80); Putrajaya (22) dan Labuan dengan 11 kes.

Related posts

Leave a Comment