Brunei Darussalam tambah 109 kes

BERAKAS 16 Sept. – Brunei Darussalam merekodkan 109 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 4,675 kes, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar.

Di samping itu, empat kluster baharu dikesan iaitu Kluster 4163 dengan tujuh kes; Kluster 4329 dengan enam kes; Kluster 4571 sebanyak empat kes dan Kluster 4360 sebanyak tujuh kes.

Semua kes kluster baharu ini termasuk juga kes yang sebelum ini tidak diketahui punca jangkitannya.

Di samping itu terdapat 25 kes tambahan melibatkan 14 kluster aktif di mana mereka yang terlibat adalah individu yang dikuarantin dan mempunyai kontak dengan kes-kes sebelum ini.

Sementara itu Kluster Starlodge dan Kluster Therefore ditamatkan selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari, menjadikan kluster aktif sekarang 84.

Pada masa yang sama 60 kes lagi masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Brunei juga merekodkan 156 kes sembuh hari ini termasuk 20 kes positif dalam Kategori 1 yang telah membuat pengasingan diri selama 14 hari di rumah masing-masing.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 3,144 kes dengan jumlah kes aktif 1,502 kes.

Dalam kalangan kes aktif itu, 10 dalam keadaan kritikal di mana sembilan kes  memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan ‘heart / lung machine’ (ECMO) manakala 28 kes dalam Kategori 4 ditempatkan di Unit Rawatan Intensif bagi pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment