Pelancong positif dikuarantin 10:hari

LANGKAWI 16 Sept. – Pelancong yang dikesan positif sebaik tiba di pulau peranginan ini akan terus dibawa ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sebelum diminta menjalani kuarantin selama 10 hari, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Lapangsasar Antarabangsa Langkawi Malaysia (LISRAM).

Katanya, anggota pasukan keselamatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) mencukupi bagi memantau kemasukan pelancong sebaik mereka tiba di lapangan terbang atau terminal feri.

“Penduduk tempatan tidak perlu risau, kita ada cukup anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) termasuk kakitangan KKM bertugas di pintu masuk.

“Jika ada yang terlepas dan dikesan positif, kita akan bawa terus ke CAC dan jika perlu mereka boleh dirawat di Hospital Sultanah Malihah atau memilih kuarantin di hotel atau di PKRC,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan pelancong di sini, hari ini.

Hari ini, seramai 3,200 pelancong domestik dijangka tiba di Langkawi melalui 18 penerbangan dan tiga perjalanan perkhidmatan feri sempena pembukaan semula pulau itu di bawah projek rintis gelembung pelancongan.

Ketibaan pelancong kumpulan pertama menggunakan pesawat (MH1432) yang membawa 160 penumpang.

Manakala penerbangan sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Langkawi pagi ini  merekodkan muatan penerbangan 100 peratus..

AirAsia sebelum ini melaporkan lebih 200,000 tempat duduk ke Langkawi terjual dalam masa kurang seminggu.

Mengulas mengenai beberapa lokasi tumpuan di negeri lain kotor akibat kehadiran pengunjung yang ramai, Sanusi berharap perkara itu tidak berlaku di Langkawi.

“Kita di Langkawi agak berbeza kerana pelancong yang datang masuk melalui pesawat atau feri dan mereka hanya membawa beg pakaian dan mengambil peluang membeli-belah di sini.

“Apa yang terjadi di lokasi terbabit adalah pengunjung membawa makanan dan berkelah menyebabkan ada sisa sampah, tetapi pelancong di Langkawi banyak yang makan di kedai,” katan

Related posts

Leave a Comment