128 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 12 Sept. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan dua kematian, 128 kes baharu Covid-19 dan enam kluster baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan 17 kematian, 4,163 kes dan 69 kluster. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, kematian melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 manakala kes kedua wanita 54 tahun yang mengalami beberapa masalah kesihatan. Bagaimanapun kematian wanita berkenaan tidak dikategorikan sebagai kematian Covid-19. Menurut Dr. Md Isham, kluster baharu iaitu Kluster 2629 merekodkan enam kes; Kluster 3096 (9 kes), Kluster 3965 ( 5…

Read More

34 kluster baharu Covid-19

PUTRAJAYA 12 Sept. – Sebanyak 34 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan majoritinya melibatkan kluster tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, 17 kluster tempat kerja direkodkan, 14 kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan. Sepuluh kluster tempat kerja dilaporkan di Johor, dua kluster masing-masing di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kluster di Kelantan, Sarawak dan Putrajaya. Bagi kluster komuniti pula, sembilan kluster dikesan di komuniti, dua di Sarawak, dan masing-masing satu kluster di Perak, Kedah dan Johor. Dua…

Read More

Sekolah bersemuka berperingkat

PUTRAJAYA 12 Sept. – Pembukaan sekolah rendah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka bermula 3 Oktober depan, akan dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut penggiliran. Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata kumpulan murid yang akan dibenarkan hadir ke sekolah tertakluk kepada fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selain itu, murid juga yang hadir ke sekolah tertakluk kepada sistem penggiliran, dengan setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan, yang akan hadir ke sekolah secara bergilir-gilir mengikut minggu. Katanya, bagi negeri fasa 1 iaitu Kedah dan Johor, sekolah masih ditutup dan semua murid…

Read More

Sarawak catat kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 12 Sept. – Sarawak terus mendahului negeri lain dengan merekodkan 5,291 jangkitan harian baharu Covid-19, tertinggi yang direkodkan di negeri itu sejak wabak itu melanda negara. Semalam Sarawak mencatatkan 3,743 kes dan dengan perkembangan ini jumlah kumulatif meningkat kepada 156,798 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah jangkitan seluruh negara hari ini adalah 19,198. Selangor menjadi negeri kedua tertinggi dengan merekodkan 2,347 kes berbanding 2,416 kes semalam diikuti Johor 2,110 berbanding 2,282 semalam. Sementara itu, lima negeri merekodkan kes melebihi 1,000 kes iaitu Sabah 1,717 berbanding…

Read More

Pengesanan kontak lonjak kes

KUCHING 12 Sept. – Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Sarawak adalah berikutan peningkatan aktiviti pengesanan kontak rapat kepada kes di semua bahagian di Sarawak terutama di lokaliti yang mempunyai kluster aktif. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, data turut merekodkan kadar positif meningkat kepada 18.8 peratus sekali gus menunjukkan penularan Covid-19 berlaku secara meluas dalam komuniti. Katanya, bilangan sampel yang tinggi telah membebankan kapasiti makmal serta memanjangkan tempoh masa diperlukan untuk memperoleh keputusan ujian. Keadaan ini turut mengakibatkan banyak sampel yang tertunggak sehingga lima…

Read More

Filipina catat 21,411 kes baharu

MANILA 12 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 21,411 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,227,367 kes. Pada masa yang sama sebanyak 25,049 pesakit telah pulih menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh meningkat kepada 2,010,271 orang atau 90.3 peratus daripada keseluruhan kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, DoH melaporkan 168 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,145 kematian . Sebanyak 181,951 kes aktif juga direkodkan atau 8.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sementara itu, menurut laporan terkini, terdapat lima…

Read More

‘Bagaikan baru terjaga dari tidur’

RAMAI. Di sana sini ramai orang. Begitulah suasana di atas jalan raya, pusat membeli-belah, pantai, taman rekreasi serta premis makanan. Suasana luar biasa setelah tiada lagi sekatan pergerakan dikenakan di Kuala Lumpur dan Selangor. Suasana sama juga boleh dirasai di negeri lain yang sudah beralih fasa. Masing-masing bagaikan baru terjaga dari tidur, keluar dari tempat persembunyian, pertapaan atau ‘sarang’ setelah terperap begitu lama akibat Covid-19. Tempat atau premis berkenaan ‘menyambut’ kehadiran begitu ramai orang dengan pelbagai syarat atau prosedur operasi standard (SOP), itu pun bergantung kepada pemilik premis. Ada yang…

Read More

14,029 kes baharu di Thailand

BANGKOK 12 Sept. – Thailand merekodkan 14,029 kes baharu Covid-19 dan 180 kematian hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,382,173 kes dan 14,353 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat 13,753 kes dalam kalangan penduduk awam (termasuk empat kes import) dan 276 dalam kalangan banduan. Sehingga semalam, Sabtu sebanyak 15,742 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital setelah pulih dari jangkitan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,231,854 pulih. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara lima bulan hingga 108 tahun, termasuk empat…

Read More

Hanya 100 kematian, 492 tertunggak

PUTRAJAYA 12 Sept. – Hanya 100 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam manakala 492 lagi adalah kes tertunggak atau ‘backlog’ yang tidak dilaporkan sebelum ini. Semalam data yang dikongsi laman web COVIDNOW menunjukkan sebanyak 592 kematian akibat Covid-19 dilaporkan. Untuk rekod, kematian tertinggi pernah dilaporkan di negara ini adalah pada 26 Ogos lalu iaitu sebanyak 393 kes. Dalam statistik semalam, Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi dengan 359 kes, Sabah (53), Kedah (49), Perak (28), Pulau Pinang (27), Negeri Sembilan (15), Kelantan (11), Johor (10), Sarawak (10), Melaka (9), Kuala Lumpur…

Read More

NSW catat 1,262 kes baharu

NEW South Wales (NSW) hari ini, 12 September merekodkan 1,262 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 8 malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 43,247 kes. Pada masa yang sama tujuh lagi individu meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 177 kematian sejak 16 Jun dan 233 orang ketika bermulanya pandemik. Ketika ini, 1,206 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital di mana 220 dirawat di unit rawatan rapi dan 92 memerlukan bantuan alat pernafasan. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 27,114 vaksin Covid-19 diberikan dan setakat ini sebanyak 78.1 peratus daripada penduduk menerima dos…

Read More