Filipina catat 21,411 kes baharu

MANILA 12 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 21,411 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,227,367 kes.

Pada masa yang sama sebanyak 25,049 pesakit telah pulih menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh meningkat kepada 2,010,271 orang atau 90.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, DoH melaporkan 168 lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,145 kematian .

Sebanyak 181,951 kes aktif juga direkodkan atau 8.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu, menurut laporan terkini, terdapat lima makmal yang tidak menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Related posts

Leave a Comment