Sarawak catat kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 12 Sept. – Sarawak terus mendahului negeri lain dengan merekodkan 5,291 jangkitan harian baharu Covid-19, tertinggi yang direkodkan di negeri itu sejak wabak itu melanda negara.

Semalam Sarawak mencatatkan 3,743 kes dan dengan perkembangan ini jumlah kumulatif meningkat kepada 156,798 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah jangkitan seluruh negara hari ini adalah 19,198.

Selangor menjadi negeri kedua tertinggi dengan merekodkan 2,347 kes berbanding 2,416 kes semalam diikuti Johor 2,110 berbanding 2,282 semalam.

Sementara itu, lima negeri merekodkan kes melebihi 1,000 kes iaitu Sabah 1,717 berbanding 2,163 semalam, Kelantan 1,435 (1,320), Pulau Pinang 1,309 (1,865), Kedah 1,256 (1,390), dan Perak 1,118 (1,354).

Lima buah negeri pula merekodkan bawah 1,000 kes baharu iaitu Terengganu 930 berbanding 953 kes semalam, Pahang 584 (722), Kuala Lumpur 376 (555), Melaka 340 (490) dan Negeri Sembilan 283 (198).

Lain-lain negeri pula merekodkan bawah 100 kes iaitu Perlis 67 (73), Putrajaya 32 (24), dan Labuan 3 2).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sejumlah 17,326 katil bukan di unit rawatan rapi (ICU) bersamaan 75 peratus digunakan, sementara katil ICU yang digunakan adalah 78 peratus bersamaan 1,589 kes.

Tiga negeri yang merekodkan penggunaan katil bukan ICU yang tinggi adalah Selangor (3,537), Johor (2,538) dan Sabah (1,726).

Sementara tiga negeri yang merekodkan jumlah katil ICU tertinggi adalah Selangor (312), Kuala Lumpur (174) dan Sabah (150).

Related posts

Leave a Comment