NSW catat 1,262 kes baharu

NEW South Wales (NSW) hari ini, 12 September merekodkan 1,262 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 8 malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 43,247 kes.

Pada masa yang sama tujuh lagi individu meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 177 kematian sejak 16 Jun dan 233 orang ketika bermulanya pandemik.

Ketika ini, 1,206 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital di mana 220 dirawat di unit rawatan rapi dan 92 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 27,114 vaksin Covid-19 diberikan dan setakat ini sebanyak 78.1 peratus daripada penduduk menerima dos pertama dan 45.6 peratus mendapat vaksinasi penuh.

Jumlah keseluruhan vaksin yang didaftarkan pula setakat ini adalah 8,127,752.

Related posts

Leave a Comment