34 kluster baharu Covid-19

PUTRAJAYA 12 Sept. – Sebanyak 34 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan majoritinya melibatkan kluster tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, 17 kluster tempat kerja direkodkan, 14 kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan.

Sepuluh kluster tempat kerja dilaporkan di Johor, dua kluster masing-masing di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kluster di Kelantan, Sarawak dan Putrajaya.

Bagi kluster komuniti pula, sembilan kluster dikesan di komuniti, dua di Sarawak, dan masing-masing satu kluster di Perak, Kedah dan Johor.

Dua kluster kumpulan berisiko tinggi pula masing-masing dilaporkan di Johor dan Kelantan manakala kluster keagamaan pula dikesan di Kuantan, Pahang.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, daripada 5,121 kluster keseluruhan, 3,681 kluster telah tamat dengan 1,440 kluster masih lagi aktif.

Related posts

Leave a Comment