22,820 kes baharu Filipina

MANILA 9 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 22,820 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,161,892. Sebanyak 12,337 kes atau pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,960,487 atau 90.7 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 34,733 orang selepas 61 lagi dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula 166,672 orang Sementara itu, dalam kenyataan lain DoH menjelaskan berikutan masalah tenikal semalam, jumlah 12,751 kes mendapat tambahan 5,132 menjadikan jumlah kes sebenar 17,883. Begitu juga terdapat 41 kes tambahan pesakit sembuh menjadikan jumlah pulih meningkat kepada 20.192…

Read More

Sarawak terus dahului negeri lain

PUTRAJAYA 9 Sept. – Lapan negeri merekodkan angka empat digit kes jangkitan Covid-19 dengan Sarawak masih mendahului negeri lain yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 19,307 kes. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti kini mencecah hampir dua juta iaitu 1,919,774. Sarawak merekodkan 3,118 kes diikuti Selangor 2,700 kes, Sabah 2,298 kes, Pulau Pinang 2,243, Johor 2,032, Kelantan 1,438, Kedah 1,355, Perak 1,341, Terengganu 910, Pahang 661, Kuala Lumpur 513, Melaka 340, Negeri Sembilan 207, Perlis 108, Putrajaya (28) dan Labuan (15). Sementara itu, kadar…

Read More

Thailand catat 16,031 kes baharu

BANGKOK 9 Sept. – Thailand merekodkan 16,031 kes baharu Covid-19 dan 220 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,338,550 kes dan 13,731 kematian. Terdapat 15,400 kes dalam kalangan orang awam termasuk sembilan kes import dan 631 banduan. Kes kematian termasuk mereka yang berumur antara 19 dan 102 tahun yang turut melibatkan empat orang warga Myanmar dan seorang Amerika. Bangkok merekodkan 3,736 kes diikuti Chonburi 1,594, Samut Prakan 1,197, Samut Sakhon 643, Rayong 549, Ratchaburi 466, Narathiwat 455 dan Nonthaburi 433. Sembilan kes import pula adalah dari Amerika Syarikat (1),…

Read More

50.5 % warga Malaysia lengkap dos

PUTRAJAYA 9 Sept. – Setakat pukul 11.59 malam tadi, sebanyak 16,492,295 orang  atau 50.5 peratus daripada populasi di negara ini telah menerima dos vaksin Covid-19 yang lengkap. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), bagi tempoh yang sama, seramai 20,943,582 atau 64.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Ini menjadikan, jumlah kumulatif pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 37,392,241 dos, membabitkan sebanyak 20,943,562 dos pertama, manakala 16,492,295 ialah dos kedua pelalian itu. Bagi jumlah populasi dewasa di negara ini pula, sebanyak 70.5 peratus sudah lengkap divaksinasi dan…

Read More

“Kami mahu vaksin bukan janji”

GENEVA 9 Sept. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi menggesa negara kaya yang mempunyai bekalan vaksin Covid-19 berlebihan untuk tidak menawarkan dos penggalak atau “booster shot” sehingga akhir tahun ini. Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata ketika 70 peratus negara berpendapatan tinggi telah mencapai kadar vaksinasi 40 peratus populasi, tiada satu pun negara berpendapatan rendah mencapai sebarang sasaran. Beliau memberitahu sebanyak 5.5 billion vaksin sudah didaftarkan tetapi 80 peratus melibatkan negara-negara berpendapatan tinggi. Bercakap pada taklimat media Covid-19 di sini 8 September (waktu Geneva), beliau berkata, hampir 90…

Read More

AS nasihat elak lawat negara tertentu

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan amaran supaya jangan melakukan perjalanan ke Brunei, Sri Lanka dan Jamaica setelah jumlah kes Covid-19 di negara-negara tersebut meningkat. CDC pada Selasa menaikkan amaran perjalanannya ke “Tahap 4: Sangat Tinggi” bagi negara-negara tersebut, menasihatkan warga Amerika supaya mengelakkan perjalanan ke sana. Brunei semalam melaporkan 116 jangkitan baharu , menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,683 kes. Sri Lanka melaporkan hampir 3,000 kes baharu pada Selasa, manakala Jamaica pula mencatatkan sekitar 800 jangkitan baharu pada Isnin. Malaysia, Thailand dan Bangladesh juga merupakan antara…

Read More

Kematian Covid-19 ke-56 di Singapura

SINGAPURA 9 Sept. – Seorang wanita tempatan berusia 93 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam menjadikannya kematian yang ke-56 di Singapura akibat jangkitan koronavirus itu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) wanita yang belum diberi vaksin bagi Covid-19 itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis (diabetes melitus), penyakit ginjal kronik, tekanan darah tinggi dan hyperlipidaemia. Wanita itu menunjukkan gejala jangkitan koronavirus pada 2 September dan dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 5 September di mana dia diuji positif Covid-19. Singapura melaporkan 347 kes jangkitan Covid-19 dalam negeri pada Rabu,…

Read More

Singapura ubah kaedah laporan

SINGAPURA 9 Sept. – Mulai hari ini, Singapura menyemak cara melaporkan jumlah kes di negara ini dengan menumpukan kepada kes yang dimasukkan ke hospital dan menyediakan lebih banyak maklumat tentang kluster besar yang baru muncul. Dengan menyediakan lebih banyak maklumat tentang kluster baharu yang besar orang awam boleh mengelak tempat-tempat tertentu atau mengawal selia kegiatan mereka sendiri.  Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kemas kini tentang keadaan Covid-19 di Singapura hanya dikeluarkan sekali sehari berbanding dua kali sehari sebelumnya. Kali terakhir MoH mengubah format laporannya adalah pada Jun lalu di mana perincian…

Read More

Kadar R-naught 0.97

PUTRAJAYA 9 Sept. – Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) Covid-19 pada Rabu semalam naik kepada 0.97 berbanding 0.95 pada hari sebelumnya. Bagaimanapun, sebanyak sembilan negeri/wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak dengan 1.17. Ini diikuti Terengganu 1.08, Pulau Pinang 1.06, Johor 1.06, Perlis 1.05, Pahang 1.02, Perak 1.02, Kelantan 1.02, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.98. Sementara itu, enam negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah 0.96, Sabah 0.95. Melaka 0.94, Selangor 0.86, Negeri Sembilan 0.84 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.80. Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat…

Read More