50.5 % warga Malaysia lengkap dos

PUTRAJAYA 9 Sept. – Setakat pukul 11.59 malam tadi, sebanyak 16,492,295 orang  atau 50.5 peratus daripada populasi di negara ini telah menerima dos vaksin Covid-19 yang lengkap.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), bagi tempoh yang sama, seramai 20,943,582 atau 64.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ini menjadikan, jumlah kumulatif pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 37,392,241 dos, membabitkan sebanyak 20,943,562 dos pertama, manakala 16,492,295 ialah dos kedua pelalian itu.

Bagi jumlah populasi dewasa di negara ini pula, sebanyak 70.5 peratus sudah lengkap divaksinasi dan 89.5 peratus sekurang-kurangnya menerima satu dos.

Lembah Klang merekodkan jumlah peratus populasi keseluruhan yang paling tinggi menerima vaksinasi lengkap dengan 6,065,343 orang atau 72,peratus diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dengan 65,564 (65 peratus) dan Sarawak dengan 1,795,106 (63.7 peratus).

Sementara itu, Kedah, Kelantan dan Sabah mencatatkan peratusan pemberian vaksin lengkap bagi populasi keseluruhan paling rendah iaitu masing-masing 782,376(35.8 peratus), 625,821 (32.8) dan 1,297,253 (33.2).

Semalam, sejumlah 320,452 dos vaksin diberikan seluruh negara dengan 128,038 ialah dos satu manakala 192,414 dos lengkap.

Related posts

Leave a Comment