Sarawak terus dahului negeri lain

PUTRAJAYA 9 Sept. – Lapan negeri merekodkan angka empat digit kes jangkitan Covid-19 dengan Sarawak masih mendahului negeri lain yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 19,307 kes.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti kini mencecah hampir dua juta iaitu 1,919,774.

Sarawak merekodkan 3,118 kes diikuti Selangor 2,700 kes, Sabah 2,298 kes, Pulau Pinang 2,243, Johor 2,032, Kelantan 1,438, Kedah 1,355, Perak 1,341, Terengganu 910, Pahang 661, Kuala Lumpur 513, Melaka 340, Negeri Sembilan 207, Perlis 108, Putrajaya (28) dan Labuan (15).

Sementara itu, kadar kes kematian baharu hari ini melaporkan sebanyak 323 kes menjadikan angka kumulatif sebanyak 19,486 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 242,802 kes.

Setakat ini, 1,310 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu juga, 737 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala angka kes sembuh hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 24,855 dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1,657,486 kes.

Related posts

Leave a Comment