Kadar R-naught 0.97

PUTRAJAYA 9 Sept. – Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) Covid-19 pada Rabu semalam naik kepada 0.97 berbanding 0.95 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun, sebanyak sembilan negeri/wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak dengan 1.17.

Ini diikuti Terengganu 1.08, Pulau Pinang 1.06, Johor 1.06, Perlis 1.05, Pahang 1.02, Perak 1.02, Kelantan 1.02, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.98.

Sementara itu, enam negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah 0.96, Sabah 0.95. Melaka 0.94, Selangor 0.86, Negeri Sembilan 0.84 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.80.

Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat tujuh kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment