22,820 kes baharu Filipina

MANILA 9 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 22,820 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,161,892.

Sebanyak 12,337 kes atau pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,960,487 atau 90.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 34,733 orang selepas 61 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula 166,672 orang

Sementara itu, dalam kenyataan lain DoH menjelaskan berikutan masalah tenikal semalam, jumlah 12,751 kes mendapat tambahan 5,132 menjadikan jumlah kes sebenar 17,883.

Begitu juga terdapat 41 kes tambahan pesakit sembuh menjadikan jumlah pulih meningkat kepada 20.192 .

Related posts

Leave a Comment