Kematian Covid-19 ke-56 di Singapura

SINGAPURA 9 Sept. – Seorang wanita tempatan berusia 93 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam menjadikannya kematian yang ke-56 di Singapura akibat jangkitan koronavirus itu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) wanita yang belum diberi vaksin bagi Covid-19 itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis (diabetes melitus), penyakit ginjal kronik, tekanan darah tinggi dan hyperlipidaemia.

Wanita itu menunjukkan gejala jangkitan koronavirus pada 2 September dan dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 5 September di mana dia diuji positif Covid-19.

Singapura melaporkan 347 kes jangkitan Covid-19 dalam negeri pada Rabu, termasuk tiga orang yang berusia 70 tahun ke atas yang tidak divaksin atau belum lengkap divaksin. Ketiga-tiga kes itu berisiko sakit teruk.

Antara kes tempatan semalam adalah 84 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Setakat semalam Rabu, Singapura melaporkan 69,582 kes jangkitan Covid-19. 

Related posts

Leave a Comment