Singapura ubah kaedah laporan

SINGAPURA 9 Sept. – Mulai hari ini, Singapura menyemak cara melaporkan jumlah kes di negara ini dengan menumpukan kepada kes yang dimasukkan ke hospital dan menyediakan lebih banyak maklumat tentang kluster besar yang baru muncul.

Dengan menyediakan lebih banyak maklumat tentang kluster baharu yang besar orang awam boleh mengelak tempat-tempat tertentu atau mengawal selia kegiatan mereka sendiri. 

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kemas kini tentang keadaan Covid-19 di Singapura hanya dikeluarkan sekali sehari berbanding dua kali sehari sebelumnya.

Kali terakhir MoH mengubah format laporannya adalah pada Jun lalu di mana perincian setiap kes jangkitan sejak pandemik digantikan dengan lebih banyak maklumat tentang trend utama, kemajuan vaksinasi serta individu yang tenat.

MoH menarik perhatian Singapura adalah antara negara dengan kadar vaskinasi paling tinggi di dunia, dengan 81 peratus penduduk sudahpun melengkapkan sepenuhnya vaksinasi mereka.

Dengan kadar vaksinasi tinggi, MoH sudahpun menyesuaikan langkah-langkah untuk beralih ke sebuah negara yang berdaya tahan terhadap Covid-19.

Memandangkan kadar vaksinasi sedang mendatar sekarang, kementerian tidak akan lagi membentangkan laporan terperinci mengenai progress vaksinasi setiap hari.

MoH juga tidak akan lagi menyediakan maklumat tentang jumlah kes berhubung kait dan tidak berhubung kait kerana ini tidak lagi relevan seperti sebelumnya, memandangkan strategi sedia ada untuk hidup dengan Covid-19.

Bagaimanapun, MoH akan terus mengawasi dengan teliti jumlah pesakit dengan penyakit teruk yang dimasukkan ke hospital – serta mereka yang di bawah jagaan rapi – bagi memastikan hospital di negara ini tidak dibebani.

Related posts

Leave a Comment