Thailand catat 16,031 kes baharu

BANGKOK 9 Sept. – Thailand merekodkan 16,031 kes baharu Covid-19 dan 220 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,338,550 kes dan 13,731 kematian.

Terdapat 15,400 kes dalam kalangan orang awam termasuk sembilan kes import dan 631 banduan.

Kes kematian termasuk mereka yang berumur antara 19 dan 102 tahun yang turut melibatkan empat orang warga Myanmar dan seorang Amerika.

Bangkok merekodkan 3,736 kes diikuti Chonburi 1,594, Samut Prakan 1,197, Samut Sakhon 643, Rayong 549, Ratchaburi 466, Narathiwat 455 dan Nonthaburi 433.

Sembilan kes import pula adalah dari Amerika Syarikat (1), Kemboja (2), Malaysia (1), dan Myanmar (5).

Sebanyak 15,417 kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,181,781 pulih.

Semalam, sebanyak 143,038 sedang mendapatkan rawatan di hospital meningkat berbanding 142,644 semalam termasuk 4,363 kes kritikal dan 940 bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment