Arab Saudi catat 174 kes

RIYADH 3 Sept. – Hari ketiga, kes Covid-19 di Arab Saudi terus berada di bawah paras 200 apabila 174 kes direkodkan hari ini berbanding 177 kes semalam dan 185 pada 1 September lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi kematian direkodkan akibat komplikasi Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 544,985 dengan jumlah kematian pula 8,565 orang. Sebanyak 202 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 533,632. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 55 kes, Makkah 31, wilayah Timur 19 dan 12 kes di …

Read More

Jumlah kes Brunei Darussalam 3,093

BANDAR SERI BEGAWAN 3 Sept. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam kini mencecah 3,093, tidak sampai sebulan selepas lapan kes memecahkan rekod tanpa kes tempatan selama lebih setahun. Sebelum ini, sehingga 6 Ogos, Brunei Darussalam merekodkan 339 kes termasuk 198 kes import sejak kes terakhir jangkitan tempatan dilaporkan. pada 6 Mei 2020. Rekod tanpa kes tempatan itu berakhir pada 7 Ogos, apabila lapan kes termasuk satu kes import dilaporkan yang kemudiannya terus menunjukkan peningkatan harian termasuk pengesanan kluster baharu. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar hari ini memaklumkan…

Read More

Penggunaan katil ICU lebih 100 peratus

PUTRAJAYA 3 Sept. – Lima negeri membabitkan Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis mencatatkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) melebihi 100 peratus. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga lagi negeri iaitu Selangor, Johor dan Kelantan mencatatkan penggunaan katil di ICU melebihi 90 peratus. Kedah menjadi negeri tertinggi mencatatkan kadar penggunaan katil di wad ICU dengan 104 katil dan daripada jumlah itu 128 peratus sudah digunakan manakala di Sabah yang mempunyai 145 unit katil sudah menggunakan 110 peratus fasiliti berkenaan. Selain itu, Perak dengan…

Read More

Kes harian tertinggi di Singapura

SINGAPURA 3 Sept. – Sebanyak 216 kes baharu jangkitan tempatan Covid-19 dan tiga kes import dilaporkan setakat tengah hari ini, jumlah kes harian tertinggi menjadikan jumlah keseluruhan 68,210 Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 109 kes tempatan yang direkodkan tidak berhubung kait dengan kes terdahulu, 56 kes dikaitkan dengan kes sebelumnya dan sudah dikenakan kuarantin. Sebanyak 51 jangkitan berkait dengan kes terdahulu dikesan menerusi ujian pemantauan. MoH juga memaklumkan dua kes baharu yang dilaporkan hari ini melibatkan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima…

Read More

Kes positif kini 1,805,382

PUTRAJAYA 3 Sept. – Jumlah jangkitan Covid-19  dalam tempoh 24 jam  menyaksikan pengurangan kes iaitu 19,378 berbanding 20,988 semalam yang  membawa jumlah keseluruhan kepada 1,805,382. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 22,399, mengatasi kes positif, menjadikan jumlah keseluruhan 1,528,672 orang pesakit pulih. Daripada 19,364 kes tempatan, sebanyak 16,782 kes melibatkan warganegara dan 2,582 bukan warganegara manakala 14 kes import melibatkan tujuh warganegara dan tujuh bukan warganegara. Menurut Dr Noor Hisham,  sebanyak 332 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak…

Read More

20,310 kes positif di Filipina

MANILA 3 Sept. – Filipina merekodkan 20,310 kes jangkitan baharu hari ini, berbanding 16,621 semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,040,568. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah yang direkodkan meninggal dunia adalah 193 orang berbanding 148 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 33,873 kematian. Peningkatan kes jangkitan dipercayai ada kaitan dengan sejumlah makmal yang tidak dapat menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS) seperti dilaporkan semalam.m DoH juga merekodkan sebanyak 7,710 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 1,847,701 orang atau…

Read More

Sabar menanti rentas negeri

PUTRAJAYA 3 Sept. – Lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, perbincangan berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) giat dibuat, bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa. Selain itu, katanya, kerajaan bertekad untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin di negeri-negeri tertentu yang masih merekodkan liputan di bawah paras 60 peratus seperti Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang. “Saya sudah bincang perkara ini (pergerakan rentas negeri dan kelonggaran tertentu) dengan DG (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor…

Read More

Lapan negeri masih empat digit

PUTRAJAYA 3 Sept. – Walaupun jumlah keseluruhan kes Covid-19 menunjukkan penurunan iaitu 19,378 berbanding 20,988 semalam, lapan negeri masih merekodkan empat digit. Selangor mendahului dengan 3,613 kes berbanding 4,073 semalam diikuti Sarawak 2,464 (2,992), Sabah 2,404 (2,329), Johor 2,331 (2,145), Pulau Pinang 1,726 (1,600), Kedah 1,470 (2,455 ), Perak 1,389 (990) dan Kelantan 1,356 (1,247). Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Pahang 559 (599), Terengganu 532 (987) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 740 (731). Melaka merekodkan 399 kes berbanding 407 semalam, Negeri Sembilan 270 (301), Perlis 80 (90), Wilayah…

Read More

Mu sudah tiba di Tokyo

TOKYO: Jepun pada hari Rabu mengesahkan kes pertama varian baharu Covid-19 Mu yang melibatkan dua orang wanita yang tiba dari luar negara menerusi pemeriksaan di lapangan terbang. Kementerian Kesihatan mengumumkan kes pertama dikesan pada seorang wanita berusia 40-an tahun yang tiba dari Emiriyah Arab Bersatu pada 26 Jun dan kedua melibatkan wanita berusia 50-an yang tiba dari United Kingdom pada 5 Julai. Kedua-dua wanita itu tidak menunjukkan gejala semasa tiba. Semua pelawat ke Jepun dikehendaki menjalani ujian PCR semasa ketibaan dan menunggu keputusan – jika mereka disahkan positif, mereka akan…

Read More

14,653 kes 271 kematian di Thailand

BANGKOK 3 Sept. – Thailand merekodkan 14,653 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,249,140 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 12,374 orang selepas 271 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sebanyak 14,397 kes melibatkan orang awam (termasuk dua kes import) manakala 256 lagi dalam kalangan banduan. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, kes sembuh pula meningkat kepada 1,076,966 orang selepas 18,262 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala 159,800 orang lagi sedang mendapatkan rawatan. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) pula melaporkan Bangkok terus mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan merekodkan 3,428 kes diikuti Samut Prakan 1,237…

Read More