Lapan negeri masih empat digit

PUTRAJAYA 3 Sept. – Walaupun jumlah keseluruhan kes Covid-19 menunjukkan penurunan iaitu 19,378 berbanding 20,988 semalam, lapan negeri masih merekodkan empat digit.

Selangor mendahului dengan 3,613 kes berbanding 4,073 semalam diikuti Sarawak 2,464 (2,992), Sabah 2,404 (2,329), Johor 2,331 (2,145), Pulau Pinang 1,726 (1,600), Kedah 1,470 (2,455 ), Perak 1,389 (990) dan Kelantan 1,356 (1,247).

Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Pahang 559 (599), Terengganu 532 (987) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 740 (731).

Melaka merekodkan 399 kes berbanding 407 semalam, Negeri Sembilan 270 (301), Perlis 80 (90), Wilayah Persekutuan Putrajaya 41 (37) dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan empat kes berbanding lima semalam.

Related posts

Leave a Comment