20,310 kes positif di Filipina

MANILA 3 Sept. – Filipina merekodkan 20,310 kes jangkitan baharu hari ini, berbanding 16,621 semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,040,568.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah yang direkodkan meninggal dunia adalah 193 orang berbanding 148 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 33,873 kematian.

Peningkatan kes jangkitan dipercayai ada kaitan dengan sejumlah makmal yang tidak dapat menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS) seperti dilaporkan semalam.m

DoH juga merekodkan sebanyak 7,710 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 1,847,701 orang atau 90.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula 158,994 atau 7.8 peratus.

Related posts

Leave a Comment