Arab Saudi catat 174 kes

RIYADH 3 Sept. – Hari ketiga, kes Covid-19 di Arab Saudi terus berada di bawah paras 200 apabila 174 kes direkodkan hari ini berbanding 177 kes semalam dan 185 pada 1 September lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi kematian direkodkan akibat komplikasi Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 544,985 dengan jumlah kematian pula 8,565 orang.

Sebanyak 202 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 533,632.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 55 kes, Makkah 31, wilayah Timur 19 dan 12 kes di  Al Qassim.

Sementara itu sebanyak 2,788 kes aktif direkodkan di mana 803 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment