Menteri Pertanian Jepun letak jawatan

TOKYO – Menteri Pertanian, Kazuo Yana memutuskan meletak jawatan susulan kontroversi berkaitan tingkah laku lampau beliau di kawasan pilihan rayanya, sekali gus menjadi tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Sanae Takaichi.

Menurut Yana beliau mengemukakan peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, sekali gus menjadi anggota Kabinet pertama yang berundur sejak Takaichi  menyusun semula Kabinetnya pada pertengahan September.

Katanya, beliau tidak boleh lagi membiarkan perbahasan parlimen dan pentadbiran pertanian terganggu berhubung isu itu.

Yana, yang merupakan anggota Dewan Perwakilan selama enam penggal daripada Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Takaichi, dikenali sebagai orang kanan beliau dalam dasar pertanian.

Peletakan jawatan itu merupakan satu tamparan hebat bagi Perdana Menteri berkenaan, yang bakal genap setahun memegang jawatan pada penghujung bulan ini.

Terdahulu, sebelum pengumuman itu, anggota parlimen pembangkang mengancam untuk mengemukakan usul mencela terhadap Yana di Dewan Senat, Dewan Atas Parlimen Jepun.

Yana berdepan kritikan susulan laporan media sejak akhir September bahawa beliau memberitahu penyokongnya di kawasan pilihan raya pada Mei bahawa peruntukan belanjawan jalan raya dipotong secara drastik bagi dua kawasan perbandaran yang datuk bandarnya menyokong pencabarnya dalam pilihan raya umum pada Februari.

Beliau juga dilaporkan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma kepada penyokongnya di kawasan pilihan raya di Wilayah Tochigi, di utara Tokyo, semasa kempen pilihan raya Dewan Perwakilan terdahulu, yang berkemungkinan melanggar Akta Pilihan Raya bagi Jawatan Awam.

Yana secara umumnya mengakui laporan berkenaan tetapi menafikan sebarang pelanggaran undang-undang dalam kedua-dua kes itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment