Kes positif kini 1,805,382

PUTRAJAYA 3 Sept. – Jumlah jangkitan Covid-19  dalam tempoh 24 jam  menyaksikan pengurangan kes iaitu 19,378 berbanding 20,988 semalam yang  membawa jumlah keseluruhan kepada 1,805,382.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 22,399, mengatasi kes positif, menjadikan jumlah keseluruhan 1,528,672 orang pesakit pulih.

Daripada 19,364 kes tempatan, sebanyak 16,782 kes melibatkan warganegara dan 2,582 bukan warganegara manakala 14 kes import melibatkan tujuh warganegara dan tujuh bukan warganegara.

Menurut Dr Noor Hisham,  sebanyak 332 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 19,046 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 8,847 kes (45.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,638 kes (23.9 peratus)  menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 5,893 kes (30.4 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Di samping itu, 330 lagi individu – 268 warganegara dan 62 bukan warganegara disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 dengan membawa jumlah kumulatif 17,521 setakat ini.

Daripada jumlah 330 kes itu, sebanyak 268 warganegara dan 62 bukan warganegara manakala 93 kes Brought-In-Dead (BID) melibatkan 55 warganegara dan 38 bukan warganegara.

Sementara itu , jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kembali berkurangan kepada tiga angka buat pertama kali dalam lima hari berturut-turut apabila hanya 975 pesakit ditempatkan di wad berkenaan.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah itu, seramai 463 pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan sementara jumlah kes aktif adalah 259,189.

Related posts

Leave a Comment