Kes sembuh atasi positif di Indonesia

JAKARTA 2 Sept. – Kes sembuh mengatasi jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia hari ini apabila 21,208 pesakit dilaporkan sembuh dan 8,955 kes baharu direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 3,798,099 sementara kes positif 4,109,093. Sebanyak 680 kematian dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan 134,356 orang meninggal dunia. Lima wilayah merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu Jawa Tengah 4,897, diikuti Jawa Barat 4,847, Jawa Timur 1,528, Sumatera Utara 1,286 dan Yogyakarta 1,043. Jawa Tengah juga merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,134 diikuti Jawa Timur 853 kes, Jawa Barat…

Read More

Kluster rentas negeri catat 18 kes

PUTRAJAYA 2 Sept. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dikesan mencetuskan kluster baharu yang menjangkiti penghuni di beberapa pusat kebajikan di Kampung Bahru, Johor Bahru. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Jalan Mariamah Lima itu sudah menjangkiti 43 individu dan semua dikesan positif Covid-19 hari ini. Kluster ini membabitkan penghuni di beberapa pusat kebajikan di Jalan Mariamah 5, Kampung Bahru, Johor Bahru. “Kes indeks bagi kluster ini adalah kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dilaporkan positif Covid-19 hari ini hasil saringan individu bergejala. Kanak-kanak ini sudah…

Read More

Arab Saudi catat penurunan

RIYADH 2 Sept. – Hari kedua, Arab Saudi merekodkan kes jangkitan harian di bawah 200 apabila merekodkan 177 kes berbanding 185 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam lapan lagi kematian direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 544,811 manakala kematian meningkat kepada 8,560. Sebanyak 279 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 533,430. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 54 kes diikuti Makkah 29 dan daerah Timur 18 dan Jazan 14.

Read More

Kes harian kembali lepasi 20,000

PUTRAJAYA 2 Sept. –  Angka penularan Covid-19 kembali melepasi 20,000 hari ini dengan merekodkan 20,988 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti kini mencecah 1,786,004 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 20,987 kes tempatan, sebanyak 18,436 adalah warganegara dan 2,551 bukan warganegara manakala satu kes import melibatkan bukan warganegara. Daripada 20,988 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 341 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,647 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Secara…

Read More

187 tempatan 4 import di Singapura

SINGAPURA 2 Sept. – Sebanyak 187 kes tempatan baharu Covid-19 dan empat kes import dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,991 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 56 kes tempatan hari ini berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin. Sebanyak 18 lagi jangkitan ada kaitan dengan kes sebelumnya dikesan menerusi ujian pemantauan dan 113 kes tidak mempunyai kaitan setakat ini. Dalam kalangan kes baharu hari ini, terdapat tiga warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin dan…

Read More

Melaka, Negeri Sembilan beralih fasa

PUTRAJAYA 2 Sept. – Melaka akan beralih kepada Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini, manakala Negeri Sembilan akan beralih memasuki Fasa 3 PPN, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang berlangsung hari ini. “Mesyuarat juga bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “gelembung perjalanan” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. “Sebagai permulaan, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini. Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila…

Read More

102 kes baharu di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 2 Sept. – Brunei Darussalam merekodkan satu kematian melibatkan pesakit Covid-19, seorang lelaki tempatan berusia 84 tahun, yang mengalami beberapa masalah kesihatan. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, kematian itu bagaimanapun tidak dikategorikan sebagai akibat Covid-19. Beliau juga memaklumkan sebanyak 102 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,960 kes manakala satu kluster baharu dikesan yang membawa kepada 49 kluster aktif. Kluster 2089 itu merekodkan 36 kes termasuk kes-kes yang sebelum ini dilaporkan tidak diketahui sumber jangkitannya sementara 30 kes lagi dikaitkan dengan tujuh kluster…

Read More

16,621 kes baharu di Filipina

MANILA 2 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 16,621 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,020,484. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 148 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada peningkatan kematian, 33,680 orang. Jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 10,965 orang telah pulih yang menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,840,294 atau 91.1 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula 146,510 atau 7.3 peratus. Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan varian Delta sudah dominan di Filipina berdasarkan data yang diterima.

Read More

14,956 kes baharu 262 kematian

BANGKOK 2 Sept. – Sebanyak 262 kematian dan 14,956 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia adalah 12,103 dan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,234,487. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 14,600 kes melibatkan orang awam dan 356 dalam kalangan banduan serta dua pelawat dari Israel dan United Kingdom yang mengunjungi Phuket. Kes kematian pula antara lain melibatkan 70 peratus warga tua, berumur antara 25 hingga 103 tahun, seorang wanita mengandung, sembilan warga Myanmar dan seorang meninggal sebelum dimasukkan ke hospital.…

Read More

Kes harian negeri meningkat

PUTRAJAYA 2 Sept. – Naik semula. Hampir semua negeri mencatatkan peningkatan kes harian hari ini dengan tujuh negeri mencatatkan empat angka didahului Selangor yang merekodkan 4,073 berbanding 3,711 semalam. Secara keseluruhan jumlah kes harian hari ini meningkat kepada 20,988 berbanding 18,762 semalam. Sarawak menunjukkan peningkatan dari 2,414 semalam kepada 2,992 diikuti Kedah yang turut mencatatkan  kenaikan 2,455 berbanding 1,585 semalam, Sabah 2,329 (2,430), Johor 2,145 (1,993), Pulau Pinang 1,600 (1,762) dan Kelantan 1,247 (1,504). Empat negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Perak 990 (899), Terengganu 987 (506), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur…

Read More