16,621 kes baharu di Filipina

MANILA 2 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 16,621 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,020,484.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 148 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada peningkatan kematian, 33,680 orang.

Jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 10,965 orang telah pulih yang menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,840,294 atau 91.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula 146,510 atau 7.3 peratus.

Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan varian Delta sudah dominan di Filipina berdasarkan data yang diterima.

Related posts

Leave a Comment