14,956 kes baharu 262 kematian

BANGKOK 2 Sept. – Sebanyak 262 kematian dan 14,956 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Thailand dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia adalah 12,103 dan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,234,487.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 14,600 kes melibatkan orang awam dan 356 dalam kalangan banduan serta dua pelawat dari Israel dan United Kingdom yang mengunjungi Phuket.

Kes kematian pula antara lain melibatkan 70 peratus warga tua, berumur antara 25 hingga 103 tahun, seorang wanita mengandung, sembilan warga Myanmar dan seorang meninggal sebelum dimasukkan ke hospital.

Setakat semalam sebanyak 17,936 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,058,704 orang pulih.

Bangkok merekodkan 3,322 kes jangkitan diikuti 1,220 di Samut Prakan 1,220,  Chon Buri 881, Samut Sakhon 733, Ayutthaya 494, Narathiwat 428, Ratchaburi 349, Nakhon Pathom, Rayong 340 dan Saraburi 310.

Sebanyak 17 kes import pula adalah dari Laos (1), Kemboja (11), Malaysia (2), Jepun (1), Israel (1 pelawat Phuket) dan United Kingdom (1 pelawat Phuket ).

Setakat semalam, sebanyak 163,680 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 4,841 yang kritikal dan 1,030 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment