Arab Saudi catat penurunan

RIYADH 2 Sept. – Hari kedua, Arab Saudi merekodkan kes jangkitan harian di bawah 200 apabila merekodkan 177 kes berbanding 185 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam lapan lagi kematian direkodkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 544,811 manakala kematian meningkat kepada 8,560.

Sebanyak 279 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 533,430.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 54 kes diikuti Makkah 29 dan daerah Timur 18 dan Jazan 14.

Related posts

Leave a Comment