Kes harian negeri meningkat

PUTRAJAYA 2 Sept. – Naik semula. Hampir semua negeri mencatatkan peningkatan kes harian hari ini dengan tujuh negeri mencatatkan empat angka didahului Selangor yang merekodkan 4,073 berbanding 3,711 semalam.

Secara keseluruhan jumlah kes harian hari ini meningkat kepada 20,988 berbanding 18,762 semalam.

Sarawak menunjukkan peningkatan dari 2,414 semalam kepada 2,992 diikuti Kedah yang turut mencatatkan  kenaikan 2,455 berbanding 1,585 semalam, Sabah 2,329 (2,430), Johor 2,145 (1,993), Pulau Pinang 1,600 (1,762) dan Kelantan 1,247 (1,504).

Empat negeri merekodkan lebih 500 kes iaitu Perak 990 (899), Terengganu 987 (506), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 731 (573) dan Pahang 599 (715).

Melaka pula merekodkan 407 kes, juga pertambahan berbanding 309: Negeri Sembilan 301 (291), Perlis 90 (33) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 37 (34).

Labuan kekal dengan kes terendah iaitu lima kes berbanding tiga kes semalam.

Related posts

Leave a Comment