187 tempatan 4 import di Singapura

SINGAPURA 2 Sept. – Sebanyak 187 kes tempatan baharu Covid-19 dan empat kes import dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,991 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 56 kes tempatan hari ini berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin.

Sebanyak 18 lagi jangkitan ada kaitan dengan kes sebelumnya dikesan menerusi ujian pemantauan dan 113 kes tidak mempunyai kaitan setakat ini.

Dalam kalangan kes baharu hari ini, terdapat tiga warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko menghidap jangkitan teruk.

Selain itu, terdapat empat kes import dengan semuanya sudah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Satu kes dikesan semasa ketibaan di Singapura manakala lagi tiga mengalami jangkitan semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment