Kes di Arab Saudi turun

RIYADH 1 Sept. – Kes harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan di bawah 200 apabila merekodkan 185 kes berbanding 224 semalam dan 221 pada sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh lagi kematian berkait dengan Covid-19 dilaporkan. Untuk rekod jumlah kematian sejak beberapa hari ini sekitar enam dan tujuh orang. Dengan perkembangan ini keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 544,634 dan 8,552 kematian. Sebanyak 301 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menambahj jumlah mereka yang pulih daripada wabak ini kepada 533,151 orang. Riyadh merekodkan kes harian…

Read More

Brunei lapor dua kematian.

BANDAR SERI BEGAWAN 1 Sept. – Dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Brunei Darussalam termasuk seorang lelaki berusia 25 tahun yang disahkan positif pada 12 Ogos lalu. Kematian kedua pula melibatkan seorang wanita berusia 54 tahun yang disahkan positif pada 12 Ogos lalu. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, kedua-dua kes mengalami jangkitan paru-paru selepas di sahkan positif dan ini merupakan kematian ke-11 sejak pandemik bermula. Katanya, sebanyak 146 kes baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 2,858. Dua kluster baharu dikesan iaitu Kluster 2632 yang…

Read More

Filipina capai dua juta kes

MANILA 1 Sept. – Filipina hari ini mencatatkan jumlah kumulatif dua juta kes Covid-19 selepas Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 14,216 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2,003,955. Menurut DoH, setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian juga meningkat kepada 33,533 orang berikutan 86 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu, 18,754 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,829,473 pulih atau 91.3 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini. Kes aktif pula 140,949 atau 7.0 peratus

Read More

180 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 1 Sept. – Sebanyak 177 kes tempatan baharu Covid-19 dan tiga kes import dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,800 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 54 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin dan 33 kes ada kaitan dengan kes sebelumnya yang dikesan menerusi ujian pemantauan. Sebanyak 90 kes lagi tidak mempunyai hubung kait dengan kes terdahulu pada masa ini. Salah satu kes baharu melibatkan seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin dan berisiko menghidap jangkitan teruk. Selain itu, tiga kes import…

Read More

Kes turun, bawah 20,000

PUTRAJAYA 1 Sept. – Sebanyak 18,762 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurun berbanding 20,897 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 1,765,016. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, lima kes import dilaporkan melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara manakala 18,757 kes tempatan melibatkan 16,532 warganegara dan 2,225 bukan warganegara . Sebanyak 330 kes atau 1.8 peratus adalah kategori 3,4 dan 5, manakala 18,432 atau 98.2 peratus adalah kategori 1 dan 2. Kementerian juga merekodkan 21,073 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 1,482,800 kes manakala kes aktif 265,274. Sebanyak…

Read More

Kes sembuh atasi positif di Thailand

BANGKOK 1 Sept. – Sebanyak 18,996 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini, mengatasi jumlah kes positif yang direkodkan Thailand iaitu 14,802. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,040,768 manakala jumlah kumulatif kes 1,219,531. Pada masa yang sama 252 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini yang membawa kepada 11,841 kematian setakat ini. Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 14,585 adalah dalam kalangan penduduk awam dan 217 banduan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan individu berumur antara 21-99 tahun, termasuk wanita mengandung dan mereka termasuk enam warga Myanmar, seorang masing-masing…

Read More

Sabah 150,000 kes, Kedah 100,000

PUTRAJAYA 1 Sept. – Walaupun angka harian kes Covid-19 seluruh negara turun kepada 18,762 berbanding 20,897 semalam, beberapa negeri terus menunjukkan peningkatan malahan tujuh negeri merekodkan kes empat angka. Sabah kini mencatatkan lebih 150,000 kes dan Kedah melepasi 100,000 kes sementara Selangor masih mendahului kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan kekal negeri terendah merekodkan kes harian. Selangor menunjukkan penurunan dengan 3,711 berbanding 4,371 semalam, diikuti Sabah merekodkan 2,430 turun sedikit berbanding 2,594 sekali gus menambah jumlah kumulatif kepada 150,273. Sarawak merekodkan 2,414 kes berbanding 2,285 semalam, Johor 1,993 (2,159), Pulau Pinang…

Read More

70 peratus kes dari industri

TANJONG 1 Sept. –  Sebanyak 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Pulau Pinang setakat ini dikenal pasti berpunca dari tempat kerja, terutama sektor perindustrian atau kilang. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin, berkata sebanyak 6,222 daripada keseluruhan 8,668 kes yang direkodkan  berpunca dari tempat kerja, terutama kluster industri. Beliau merujuk statistik itu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu dari 1 Jun hingga 14 Julai lalu. “Antara punca jangkitan adalah menjurus kepada penempatan pekerja warga asing yang membabitkan…

Read More

WHO pantau kehadiran Mu

GENEVA 1 Sept. – Selepas Alpha dan Delta yang menular begitu pantas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini memantau satu lagi varian baharu koronavirus yang dikenali sebagai Mu, yang kali pertama dikesan di Colombia pada Januari lalu. Menurut WHO, varian Mu, dikenali secara saintifik sebagai B.1.621, diambil kira sebagai varian yang perlu diberi perhatian atau “variant of interest” (VOI). Dalam buletin buletin pandemik mingguannya, WHO menyatakan varian itu mempunyai mutasi yang menunjukkan risiko ketahanan terhadap vaksin dan menekankan bahawa kajian lanjut diperlukan untuk memahaminya dengan lebih baik. Menurut buletin itu, Mu…

Read More

Hari ini dalam sejarah

JIKA 30 Ogos 1964 hari kelahiran Mingguan Malaysia, hari ini 1 September 1967, atau 01.09.1964, Utusan Malaysia pula dilahirkan. Bagaimanapun, angka 9 menjadi ‘pembuka dan penutup’ kelahiran dan kematian akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB). Catatan ini hanyalah sekadar mengingati sejarah bukan bertujuan meratapi pemergiannya, nanti orang kata bergeraklah ke hadapan, jangan pandang belakang. Maka saya tidak mahu menulis pasal Utusan Malaysia yang sudah ‘berkubur’ itu. Saya pernah tulis pada saat ‘kegeringannya’ itu pun saya letak di selak-selak.com sebagai catatan kenangan D’UTUSAN. [BACA :…

Read More