Kes sembuh atasi positif di Thailand

BANGKOK 1 Sept. – Sebanyak 18,996 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh hari ini, mengatasi jumlah kes positif yang direkodkan Thailand iaitu 14,802.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,040,768 manakala jumlah kumulatif kes 1,219,531.

Pada masa yang sama 252 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini yang membawa kepada 11,841 kematian setakat ini.

Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 14,585 adalah dalam kalangan penduduk awam dan 217 banduan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan individu berumur antara 21-99 tahun, termasuk wanita mengandung dan mereka termasuk enam warga Myanmar, seorang masing-masing warga China, Kemboja dan India.

Bangkok merekodkan kematian tertinggi iaitu 80 orang manakala wilayah sekitar merekodkan 61 kes iaitu Pathum Thani 21, Samut Sakhon 16, Samut Prakan 9, Nakhon Pathom 13 dan Nonthaburi 2.

Di samping kematian tertinggi, Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,732 kes diikuti 1,284 di Samut Prakan, 879 Chon Buri, 864 Samut Sakhon, 547 Rayong, 492 Ayutthaya, 417 Ratchaburi, 333 Nakhon Ratchasima, 331 Chachoengsao, dan 313 Narathiwat.

Lima kes import yang direkodkan adalah dari Perancis (1), Amerika Syarikat (1 pelawat ke Phuket), Kemboja, dan Malaysia (1).

Setakat semalam, Selasa, sebanyak 166,922 orang menerima rawatan di mana 4,917 dalam keadaan serius dan 1,040 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment