Kes di Arab Saudi turun

RIYADH 1 Sept. – Kes harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan di bawah 200 apabila merekodkan 185 kes berbanding 224 semalam dan 221 pada sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh lagi kematian berkait dengan Covid-19 dilaporkan. Untuk rekod jumlah kematian sejak beberapa hari ini sekitar enam dan tujuh orang.

Dengan perkembangan ini keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 544,634 dan 8,552 kematian.

Sebanyak 301 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menambahj jumlah mereka yang pulih daripada wabak ini kepada 533,151 orang.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 58 kes diikuti Makkah 34, Timur 15 dan Jazan juga 15.

Terdapat 2,931 kes aktif dan 867 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment