Kes turun, bawah 20,000

PUTRAJAYA 1 Sept. – Sebanyak 18,762 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurun berbanding 20,897 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 1,765,016.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, lima kes import dilaporkan melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara manakala 18,757 kes tempatan melibatkan 16,532 warganegara dan 2,225 bukan warganegara .

Sebanyak 330 kes atau 1.8 peratus adalah kategori 3,4 dan 5, manakala 18,432 atau 98.2 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Kementerian juga merekodkan 21,073 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 1,482,800 kes manakala kes aktif 265,274.

Sebanyak 8,640 kes  tiada sejarah vaksinasi manakala 4,706 kes  telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan  5,416 telah lengkap dua dos.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 1,007 kes dan  464 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu 278 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 16,942 kes.

Selain itu, kes sembuh pula merekodkan seramai 21,073 pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 1,482,800 ,

Related posts

Leave a Comment