Sabah 150,000 kes, Kedah 100,000

PUTRAJAYA 1 Sept. – Walaupun angka harian kes Covid-19 seluruh negara turun kepada 18,762 berbanding 20,897 semalam, beberapa negeri terus menunjukkan peningkatan malahan tujuh negeri merekodkan kes empat angka.

Sabah kini mencatatkan lebih 150,000 kes dan Kedah melepasi 100,000 kes sementara Selangor masih mendahului kes manakala Wilayah Persekutuan Labuan kekal negeri terendah merekodkan kes harian.

Selangor menunjukkan penurunan dengan 3,711 berbanding 4,371 semalam, diikuti Sabah merekodkan 2,430 turun sedikit berbanding 2,594 sekali gus menambah jumlah kumulatif kepada 150,273.

Sarawak merekodkan 2,414 kes berbanding 2,285 semalam, Johor 1,993 (2,159), Pulau Pinang 1,762 (1,732) dan Kelantan 1,504 (1,479).

Kedah pula kini mencatatkan jumlah kumulatif 100,627 kes berikutan 1,585 lagi kes baharu dilaporkan berbanding 1,942 semalam.

Perak menunjukkan penurunan kes berbanding semalam iaitu 1,204 kepada 899,

Pahang 715 (798), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 573 (1,003), Terengganu 506 (608), Melaka 309 (417), Negeri Sembilan 291 (215).

Wilayah Persekutuan Putrajaya pula merekodkan 34 kes tambahan berbanding 25 semalam dan Perlis mencatatkan 33 kes berbanding 64 semalam.

Related posts

Leave a Comment