180 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 1 Sept. – Sebanyak 177 kes tempatan baharu Covid-19 dan tiga kes import dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,800 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 54 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin dan 33 kes ada kaitan dengan kes sebelumnya yang dikesan menerusi ujian pemantauan.

Sebanyak 90 kes lagi tidak mempunyai hubung kait dengan kes terdahulu pada masa ini.

Salah satu kes baharu melibatkan seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin dan berisiko menghidap jangkitan teruk.

Selain itu, tiga kes import sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Semuanya dikesan sakit semasa tempoh SHN atau pengasingan.

Setakat semalam, sebanyak 463 kes  dirawat di hospital di mana lima kes dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi dan 19 kes penyakit serius memerlukan bantuan oksigen.

Daripada mereka yang sakit teruk, 15 adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan lapan daripada mereka belum divaksin atau belum lengkap divaksin,

Related posts

Leave a Comment