Kes harian turun di Indonesia

JAKARTA 21 Ogos – Jumlah kes positif harian di Indonesia terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 16,744 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,522,048 dengan kes aktif 319,658. Kes sembuh pula sebanyak 23,011 mengatasi kes positif yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,522,048. Jumlah yang meninggal dunia pula bertambah 1,361 orang menjadikan jumlah keseluruhan 125,342 kematian.. Sementara itu, lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Timur 3,359 orang diikuti DI Yogyakarta 2,547, Jawa Barat 1,654, Jawa Tengah 1,514 dan Kalimantan Timur 1,222. Kes positif pula menyaksikan Jawa Timur menambah 2,122 kes diikuti…

Read More

11,321 kes baharu Vietnam

HANOI 21 Ogos – Vietnam merekodkan 11,321 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk 22 kes import menjadikan jumlah kumulatif 336,707. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak  7,428 kes dikesan dalam masyarakat dan tiada kematian baharu dilaporkan. Setakat semalam, 20 Ogos, jumlah kematian adalah 7,540 orang Wilayah selatan, Bình Dương merekodkan 4,505 kes manakala Ho Chi Minh merekodkan 4,084 kes, naik 709;kes berbanding Jumaat. Ini diikuti wilayah berhampiran Tiền Giang (589), Đồng Nai (551) dan Long An (393). Pada Sabtu, 7,272 sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 140,087. Sementara itu, sebanyak 16,494,665 orang sudah divaksinasi di…

Read More

122 kes baharu di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 21 Ogos – Sebanyak 122 kes baharu direkodkan Brunei Darussalam hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,455 orang, kata Menteri Kesihatan Md Isham Jaafar. Katanya, terdapat pertambahan kes bagi kluster-kluster aktif, , pengesanan satu kluster baharu dan 79 kes masih dalam siasatan bagi mengetahui sumber jangkitan. Kluster Champion 7 – Platform merekodkan 9 kes ; Kluster Champion 7 – Blue Titanium 2 kes, BSP HQ Cluster (Block M) 8 kes, Kluster IBTE KB 8 kes ; Kluster Chung Hua KB 7 kes dan Kluster 583 sebanyak tujuh kes.…

Read More

Turun bawah 500 kes di Saudi

RIYADH 21 Ogos – Hari ketiga, Arab Saudi terus merekodkan penurunan jumlah kes harian Covid-19 di bawah 500 kes dengan 409 kes berbanding 458 kes semalam dan 499 pada hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan, pada masa yang sama sebanyak 11 individu dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 541,610 orang manakala kematian 8,469. Sebanyak 710 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 527,899. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 126 kes diikuti Makkah 66, Timur 40 dan Jazan…

Read More

Muhyiddin sokong penuh Ismail

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mendoakan penggantinya, Ismail Sabri Yaakob dapat menggalas amanah kepemimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan. Muhyiddin berkata, beliau memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan dan akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkhidmat kepada rakyat. “Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. “Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya Allah akan terus membantu kerajaan PN menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara,” kata beliau…

Read More

Jumlah kes kini 1,535,286

PUTRAJAYA 21 Ogos – Sebanyak 22,262 lagi kes harian Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 1,535,286 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 40 adalah kes import melibatkan dua warganegara dan 38 bukan warganegara manakala bagi kes tempatan, 18,685 warganegara dan 3,537 bukan warganegara. Daripada 22,262 kes harian hari ini, sebanyak 469 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala p 21,793 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan…

Read More

Vaksinasi tidak halang hidup Delta

PUTRAJAYA 21 Ogos – Varian membimbangkan (VOC) Delta, boleh tumbuh dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi. Kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. “Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, hari ini. Sebelum ini beberapa kajian yang…

Read More

37 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Ogos – Singapura melaporkan 32 kes tempatan baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari ini serta lima kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 66,443 kes, demikian menurut Kementerian Kesihatan (MoH).. Daripada jumlah kes tempatan, 16 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu, 11 kes ada kaitan dengan kes-kes sebelumnya dan sudahpun dikuarantin, manakala lima kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu itu, seorang warga emas berusia lebih 70 tahun belum divaksin dan berisiko sakit teruk. Sementara itu dua kluster baharu Covid-19 dikesan, satu melibatkan…

Read More

Kes Selangor naik kepada 7,011

PUTRAJAYA 21 Ogos – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,535,286 hari ini selepas 22,262 kes dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor terus dengan jangkitan baharu tertinggi, sebanyak 7,011 kes yang membawa jumlah kumulatif 552,131 kes Sabah merekodkan 2,651 kes berbanding 2,738 kes semalam diikuti Sarawak 1,964 (2,548), Kedah 1,880 (1,932), Johor 1,558 (1,323), Pulau Pinang 1,459 (1,523), Kuala Lumpur 1,220 (1,652) dan Kelantan 1,039 (1,281). Perak merekodkan 946 kes baharu berbanding 1,248 semalam, Melaka 882 (610), Pahang 664 (517), Terengganu 495…

Read More

16,694 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 16,694 kes jangkitan baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,824,051 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 31,596 orang selepas 398 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu, 15,805 pesakit lagi dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,668,520 atau 91.5 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes aktif pula 6.8 peratus atau 123,935 kes.

Read More