Kes Selangor naik kepada 7,011

PUTRAJAYA 21 Ogos – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,535,286 hari ini selepas 22,262 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor terus dengan jangkitan baharu tertinggi, sebanyak 7,011 kes yang membawa jumlah kumulatif 552,131 kes

Sabah merekodkan 2,651 kes berbanding 2,738 kes semalam diikuti Sarawak 1,964 (2,548), Kedah 1,880 (1,932), Johor 1,558 (1,323), Pulau Pinang 1,459 (1,523), Kuala Lumpur 1,220 (1,652) dan Kelantan 1,039 (1,281).

Perak merekodkan 946 kes baharu berbanding 1,248 semalam, Melaka 882 (610), Pahang 664 (517), Terengganu 495 (521), Putrajaya 41 (24), Perlis 38 (64) dan Labuan pula merekodkan sembilan kes berbanding satu kes semalam.

Related posts

Leave a Comment