Jumlah kes kini 1,535,286

PUTRAJAYA 21 Ogos – Sebanyak 22,262 lagi kes harian Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 1,535,286 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 40 adalah kes import melibatkan dua warganegara dan 38 bukan warganegara manakala bagi kes tempatan, 18,685 warganegara dan 3,537 bukan warganegara.

Daripada 22,262 kes harian hari ini, sebanyak 469 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala p 21,793 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 18,374 kes (82.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham mengesahkan 18,576 lagi individu kembali pulih dan ini menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 1,260,470.

Dengan pertambahan kes harian, kes aktif dalam negara kini mencecah 260,880 dengan seramai 1,035 pesakit berada di unit rawatan rapi dan 513 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 223 lagi meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 13,936 orang.

Selangor merekodkan 77 kematian diikuti Sabah 27, Kedah 23, Pulau Pinang 20, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 18, Melaka 18, Johor 14, Negeri Sembilan 11, Perak 7, Pahang 5, Sarawak 2 dan satu di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Related posts

Leave a Comment