16,694 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 16,694 kes jangkitan baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,824,051 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 31,596 orang selepas 398 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, 15,805 pesakit lagi dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,668,520 atau 91.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula 6.8 peratus atau 123,935 kes.

Related posts

Leave a Comment