Kes harian turun di Indonesia

JAKARTA 21 Ogos – Jumlah kes positif harian di Indonesia terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 16,744 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,522,048 dengan kes aktif 319,658.

Kes sembuh pula sebanyak 23,011 mengatasi kes positif yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,522,048.

Jumlah yang meninggal dunia pula bertambah 1,361 orang menjadikan jumlah keseluruhan 125,342 kematian..

Sementara itu, lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Timur 3,359 orang diikuti DI Yogyakarta 2,547, Jawa Barat 1,654, Jawa Tengah 1,514 dan Kalimantan Timur 1,222.

Kes positif pula menyaksikan Jawa Timur menambah 2,122 kes diikuti Jawa Barat 1,747, Jawa Tengah 1,236, Sumatera Utara 1,189 dan Yogyakarta 930.

Kes aktif tertinggi  di Jawa Barat sebanyak 51,837 kes, Jawa Tengah 28.949 kes, Sumatera Utara 27.410 kes, Jawa Timur 24.416 kes dan DI Yogyakarta 18.506 kes. 

Kematian harian tertinggi direkodkan di Jawa Barat sebanyak 343 orang dan kumulatifnya 12,410, Jawa Tengah 311 (27.393), Jawa Timur 213 (26.490), Bali 57 (3.063) serta Riau 43 (3.443).

Bagi program vaksinasi, penerima vaksin pertama hari ini sebanyak 482.095 orang dengan dengan kumulatifnya  56.986.150 orang manakala penerima vaksinasi kedua meningkat kepada 31.210.922 orang termasuk tambahan hari ini 457.785 orang.

Related posts

Leave a Comment