Turun bawah 500 kes di Saudi

RIYADH 21 Ogos – Hari ketiga, Arab Saudi terus merekodkan penurunan jumlah kes harian Covid-19 di bawah 500 kes dengan 409 kes berbanding 458 kes semalam dan 499 pada hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan, pada masa yang sama sebanyak 11 individu dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 541,610 orang manakala kematian 8,469.

Sebanyak 710 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 527,899.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 126 kes diikuti Makkah 66, Timur 40 dan Jazan 39.

Terdapat 5,242 kes aktif dan 1,162 dalam keadaan kritikal..

Related posts

Leave a Comment