37 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 21 Ogos – Singapura melaporkan 32 kes tempatan baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari ini serta lima kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 66,443 kes, demikian menurut Kementerian Kesihatan (MoH)..

Daripada jumlah kes tempatan, 16 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu, 11 kes ada kaitan dengan kes-kes sebelumnya dan sudahpun dikuarantin, manakala lima kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu itu, seorang warga emas berusia lebih 70 tahun belum divaksin dan berisiko sakit teruk.

Sementara itu dua kluster baharu Covid-19 dikesan, satu melibatkan mereka di pasar raya FairPrice di Kallang Bahru dengan empat kes.

Satu lagi kluster dikaitkan dengan seorang individu dan mempunyai tiga kes.

Sementara itu, sembilan kluster ditutup, menjadikannya 77 kluster aktif di sini dengan masing-masing mempunyai tiga hingga 1,155 jangkitan.

Menurut MoH, jumlah kes baharu dalam masyarakat telah merosot kepada 281 pada minggu lalu daripada 380 minggu sebelumnya.

Related posts

Leave a Comment