11,321 kes baharu Vietnam

HANOI 21 Ogos – Vietnam merekodkan 11,321 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk 22 kes import menjadikan jumlah kumulatif 336,707.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak  7,428 kes dikesan dalam masyarakat dan tiada kematian baharu dilaporkan.

Setakat semalam, 20 Ogos, jumlah kematian adalah 7,540 orang

Wilayah selatan, Bình Dương merekodkan 4,505 kes manakala Ho Chi Minh merekodkan 4,084 kes, naik 709;kes berbanding Jumaat.

Ini diikuti wilayah berhampiran Tiền Giang (589), Đồng Nai (551) dan Long An (393).

Pada Sabtu, 7,272 sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 140,087.

Sementara itu, sebanyak 16,494,665 orang sudah divaksinasi di mana 1,707,066 telah vaksinasi sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment