Peningkatan kes berterusan

KUALA LUMPUR: Kes harian Covid-19 dalam negara merekodkan 21,468 kes dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 1,363,683, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau juga memberitahu, 277 kes kematian baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus itu adalah 11,968 kes. Tambahnya, sebanyak 17,025 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,110,528 orang. Sebanyak 1,075 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 537 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan…

Read More

1,159 Orang Asli positif

IPOH 13 Ogos – Seramai 1,159 Orang Asli dalam daerah Batang Padang telah dijangkiti Covid-19 dengan 12 kematian dilaporkan sehingga kini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Perak,  Dr Ding Lay Ming. Beliau berkata, punca jangkitan bermula dari Orang Asli yang bekerja di kilang dan tempat kerja dengan kejadian kluster Covid-19 dan seterusnya merebak ke komuniti masing-masing. Menurutnya, tindakan kawalan jangkitan dijalankan melalui pengasingan dan rawatan di Pusat Kuarantin Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) Sungkai khas bagi pesakit Covid-19 di kalangan Orang Asli dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi 24 buah kampung…

Read More

Malaysia antara 52 negara terpilih

PUTRAJAYA 13 Ogos -Malaysia salah satu daripada 52 negara yang terpilih untuk menjalankan kajian terhadap ubat jenis artesunate, imatinib dan infliximab, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berharap data negara ini dapat membantu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjalankan kajian terhadap tiga jenis ubat itu. “Sebanyak 600 hospital dari 52 negara terpilih dalam Kajian Solidariti Tambahan ini untuk menjalankan kajian terhadap tiga ubat berkenaan dan Malaysia mempunyai pesakit Covi-19 yang mencukupi untuk dijalankan kajian. “Ubat artesunate digunakan bagi rawatan malaria yang kritikal. Imatinib pula ubat untuk kanser darah…

Read More

Selangor terus tambah kes

PUTRAJAYA 13 Ogos – Tujuh negeri  melaporkan kes empat angka dengan Selangor merekodkan 7,449 kes, peningkatan kes berbanding 6,278 semalam Ini diikuti Kuala Lumpur 2,183 berbanding 2,436 semalam, Kedah 1,807 (2,143), Sabah 1,654 (2.052), Johor 1,485 (1,706), Pulau Pinang 1,316 (1,229) dan Kelantan 1,088 (972). Turut mencatatkan kes hari ini ialah Negeri Sembilan iaitu 974 (899), Perak 940 (930), Melaka 723 (494), Sarawak 715 (1,216), Pahang 572 (629), Terengganu 440 (594), Putrajaya 66 (66), Perlis 50 (23) dan Labuan 6 (11).

Read More

11 kit ujian kendiri lulus

PUTRAJAYA 13 Ogos – Sebelas kit ujian kendiri Covid-19 mendapat kelulusan bersyarat dengan tujuh daripadanya menggunakan sampel air liur, manakala baki selebihnya calitan hidung. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, berkata kit ujian yang mendapat kelulusan bersyarat menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) KKM itu boleh diperoleh di fasiliti awam dan swasta. Beliau berkata, kit ujian berkenaan terdiri BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid), ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid) dan JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid). “Begitu juga Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test; Gmate COVID-19 Ag…

Read More

KKM belum kesan Lambda

PUTRAJAYA 13 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) belum mengesan kemasukan varian Lambda ke negara ini, kata Ketua Pengarahnya,  Dr Noor Hisham Abdullah, Katanya, KKM akan meningkatkan usaha pelaksanaan penjujukan genom dalam membendung kemungkinan penularan varian itu. Di samping itu, kawalan sempadan amat penting untuk membendung jangkitan varian baharu ini. “Kita mengawal kes dari luar negara dengan baik menggunakan kaedah elektronik (gelang pengawasan). “Kita turut menjalankan penilaian risiko sebelum membenarkan individu yang pulang dari luar negara untuk bercampur dengan komuniti,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. Lambda satu lagi…

Read More

2 kluster baharu, 55 kes jangkitan

BANDAR SERI BEGAWAN 13 Ogos – Dua kluster baharu dan 55 kes jangkitan harian Covid-19 termasuk satu kes import dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 598. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, dua kluster baharu yang dikesan adalah Kluster 451 yang merekodkan tiga kes dan Kluster 477 sebanyak dua kes . Nama kedua-dua kluster merujuk kepada kes berkenaan. Kluster Chung Hua merekodkan 16 kes baharu diikuti Kluster Imigresen (3), Kluster 499 (3), Kluster ABCi (2), Kluster Total (2), dan Kluster Champion 7 (1)…

Read More

49 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 13 Ogos – Singapura melaporkan 45 kes baharu jangkitan tempatan Covid-19 setakat tengah hari ini di samping empat kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 66,061 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, ini adalah jumlah kes jangkitan tempatan harian Covid-19 paling rendah yang dilaporkan di Singapura sejak 15 Julai. Sebanyak 20 kes baharu dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun menjalani kuarantin manakala 13 lagi tanpa hubung kait dan 12 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu, tiga adalah pesakit berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi atau…

Read More

96,395 kes aktif di Filipina

MANILA 13 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 13,177 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,713,302 dengan kes aktif sebanyak 96,395 atau 5.6 peratus daripada keseluruhan kes. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang dilaporkan meninggal dunia adalah sebanyak 299 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 29,838 kematian. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 1,587,069 orang atau 92.6 peratus selepas 4,322 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Sementara itu, 575,800 dos vaksin AstraZeneca tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang  Antarabangsa Ninoy Aquino dengan pesawat China Airlines.

Read More

Rekod baharu lagi di Thailand

BANGKOK 13 Ogos – Rekod baharu di Thailand hari ini apabila 23,418 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam mengatasi jumlah tertinggi yang dicatatkan semalam iaitu 22,782 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 863,189 kes sementara jumlah kematian pula meningkat kepada 7,126 orang berikutan 184 lagi dilaporkan meninggal dunia. Terdapat 23,030 kes dalam kalangan penduduk awam (termasuk 9 kes import) dan 388 dalam kalangan banduan. Sebanyak 20,083 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 643,884 manakala 212,179 sedang mendapatkan rawatan. Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga pandemik, sebanyak 834,326 kes dilaporkan dengan…

Read More