KKM belum kesan Lambda

PUTRAJAYA 13 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) belum mengesan kemasukan varian Lambda ke negara ini, kata Ketua Pengarahnya,  Dr Noor Hisham Abdullah, Katanya, KKM akan meningkatkan usaha pelaksanaan penjujukan genom dalam membendung kemungkinan penularan varian itu.

Di samping itu, kawalan sempadan amat penting untuk membendung jangkitan varian baharu ini.

“Kita mengawal kes dari luar negara dengan baik menggunakan kaedah elektronik (gelang pengawasan).

“Kita turut menjalankan penilaian risiko sebelum membenarkan individu yang pulang dari luar negara untuk bercampur dengan komuniti,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Lambda satu lagi varian baharu disahkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun yang dikesan lebih mudah berjangkit dan lebih kuat melawan imuniti individu yang sudah divaksin.

Dr. Noor Hisham juga memberitahu, KKM akan memulakan penjujukan genom varian Covid-19 secara konsortium dengan menerima peruntukan sebanyak RM3 juta terhadap 3,000 sampel

Related posts

Leave a Comment