Malaysia antara 52 negara terpilih

PUTRAJAYA 13 Ogos -Malaysia salah satu daripada 52 negara yang terpilih untuk menjalankan kajian terhadap ubat jenis artesunate, imatinib dan infliximab, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berharap data negara ini dapat membantu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menjalankan kajian terhadap tiga jenis ubat itu.

“Sebanyak 600 hospital dari 52 negara terpilih dalam Kajian Solidariti Tambahan ini untuk menjalankan kajian terhadap tiga ubat berkenaan dan Malaysia mempunyai pesakit Covi-19 yang mencukupi untuk dijalankan kajian.

“Ubat artesunate digunakan bagi rawatan malaria yang kritikal. Imatinib pula ubat untuk kanser darah atau leukimia. Infliximab merawat penyakit sistem imun seperti Crohn dan rheumatoid arthritis,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiga ubat berkenaan mempunyai kesan antiviral dan disebabkan itu, perlu dikaji keberkesanannya sebelum dapat digunakan bagi membendung penularan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment