49 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 13 Ogos – Singapura melaporkan 45 kes baharu jangkitan tempatan Covid-19 setakat tengah hari ini di samping empat kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 66,061 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, ini adalah jumlah kes jangkitan tempatan harian Covid-19 paling rendah yang dilaporkan di Singapura sejak 15 Julai.

Sebanyak 20 kes baharu dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun menjalani kuarantin manakala 13 lagi tanpa hubung kait dan 12 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu, tiga adalah pesakit berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi atau baharu menerima satu suntikan vaksin dan berisiko mengalami sakit teruk.

Sementara itu empat kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di sini.

Dua kes dikesan setibanya di Singapura manakala dua jatuh sakit sewaktu menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Related posts

Leave a Comment